DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W itu adalah utusanNYA. Salawat dan salam buat baginda Rasullullah S.A.W, insan yang menyampaikan kepada kami agama untuk menyelamatkan manusia daripada bencana jahiliah. Ya ALLAH, Ya Tuhanku, ajarkanlah aku sesuatu yang aku tidak mengetahui, peringatkanlah aku jika terlalai ataupun terlupa. Ya ALLAH, Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah segala apa jua urusanku.

Assalamualaikum dan Salam Hormat.

Alhamdulillah… Dengan berpandukan Al-Quran dan Hadith serta di atas kudrat dan irodat dari Allah SWT, setelah sekian lama mencari, mengkaji,meneliti dan membuat testimoni kepada orang ramai tentang kesahihan sifat sebenar di sebalik nama, dengan izin ALLAH S.W.T saya telah diberi sedikit kelebihan dariNya untuk membongkar dan merungkai satu persatu tentang misteri rahsia di sebalik kelebihan dan kelemahan dari nama yang tercipta untuk kita.

Walau apa pun keadaan perjalanan kehidupan yang anda hadapi sekarang ini, jangan risau, jangan sedih, jangan kecewa dan jangan anda kesali. Kesimpulannya pasti anda akan ketemui di dalam blog ini. Anda perlu ingat, hidup harus diteruskan dan perjuangan anda masih belum selesai.

Sememangnya pada satu tahap dalam kehidupan, anda sering berasa kekurangan dan tidak puas dengan apa yang anda kecapi. Tapi bukan bermakna anda tidak bersyukur atas apa yang anda miliki, cuma anda ingin mendapatkan yang terbaik untuk kehidupan yang kehadapan.

Harapan saya semoga dengan blog ini sedikit sebanyak ianya dapat dimanfaatkan oleh sekalian muslimin dan muslimat bagi mandapatkan panduan hidup dan keredhaan ALLAH SWT.

Renungilah sejenak kerana esok tidak akan sama seperti hari ini sebagaimana kelmarin yang sudah kita rasai perjalanan dan kehidupannya.

Wassalam.

CONTOH NAMA & HURAIAN

CONTOH 1 (LELAKI)


NAMA :  AHMAD FAIZUL B. KASRAN
NAMA PANGGILAN :  AMAT
TARIKH LAHIR :  20 SEPTEMBER 1983




SIFAT & KARAKTER.


- Anda adalah seorang yg bersifat EGO/ BARAN.

- Anda adalah seorang yg suka BERJANJI & MEMBERI HARAPAN (baik dari segi masa atau sesama manusia) tetapi amat jarang menunaikannya.

- Anda adalah seorang yg BERNAFSU BESAR & TINGGI, tidak pernah cukup/ puas dengan hal2 duniawi, mahupun harta & kebendaan. Ada sahaja benda yg ingin dibeli atau ditukar walaupun hakikatnya, anda tidak berkemampuan. Pantang melihat ada orang yg lebih daripada anda & seandainya berkehendakkan sesuatu, anda akan cuba mendapatkannya walau dengan apa cara sekalipun. 


- Anda seorang yg sangat BERKIRA dengan wang ringgit (KEDEKUT/ LOKEK).

Sepatutnya dengan sifat ini, anda boleh menabung & menyimpan wang ringgit/ harta tetapi disebabkan anda tidak mengawal sifat anda yg BERNAFSU BESAR/ TINGGI, anda akan menjadi seseorang yg sentiasa tidak cukup wang.


- Anda adalah seorang lelaki yg HEBAT, tetapi TEWAS dengan WANITA & berhabis-habisan kerananya (wang ringgit & harta benda).

- Anda adalah seorang yg sukakan PUJIAN, LEMAH dengan BODEKAN. Kalau kena gayanya, sanggup mengeluarkan belanja yg besar & berhabisan walaupun hakikatnya anda adalah seorang yg KEDEKUT/ LOKEK.

- Anda adalah seorang yg tidak pernah memikirkan tentang perasaan orang lain.

- Anda adalah seorang yg bersifat RAGU-RAGU dan tidak pasti tentang MATLAMAT anda, apa yg ingin anda cari & kejarkan dalam hidup anda & disebabkan itulah jiwa anda sering merasa tidak tenang serta tercari-cari arah tujuan anda.

- Anda adalah seorang PENDENDAM.   


- Anda adalah seorang yg PERAMAH, CERIA & SENANG BERGAUL dengan orang ramai.

- Anda adalah seorang yg PENYAYANG.





ELEMEN & UNSUR.


- Anda tergolong dalam unsur AIR.


- Warna anda ; Biru & Hitam.

- Aura diri anda akan lebih ketara di dlm bidang2 seperti ; akuarium, tanam-tanaman yg mempunyai kolam & yg seangkatan dengannya.




PRINSIP


* Keserasian/ Harmoni.

  - Anda akan lebih serasi dengan seseorang yg berunsurkan LOGAM & KAYU.

  - Unsur LOGAM & KAYU ini juga serasi dengan perniagaan yg ingin anda ceburi kerana faktor unsur ini memainkan peranan penting dalam perjalanan perniagaan anda.


* Perselisihan.


  - Anda perlu lebih berhati-hati dengan seseorang yg berunsurkan API (mudah TEGANG & tidak bersependapat).

  - Anda juga perlu menghindari segala jenis perniagaan atau pekerjaan yg berunsurkan API & TANAH.

POINT atas nama anda adalah "25".
Anda boleh MENGAWAL atau MENANG apabila berbicara/ berbahas dengan seseorang yg mempunyai POINT nama yg sama atau kurang dari anda.


---------------------------------------------------------------------------------------------

CONTOH 2 (PEREMPUAN)

NAMA : NORSYAKILA HANIS BT ISMAIL
NAMA PANGGILAN : KIELA
TARIKH LAHIR : 10 OGOS 1978


SIFAT & KARAKTER
- Anda adalah seorang yg bersifat RAGU-RAGU, BIMBANG & TIDAK YAKIN pada sendiri.
- Anda terlalu banyak menabur JANJI/ MEMBERI HARAPAN, sedangkan anda sendiri tahu berkemungkinan anda tidak mampu mengotakannya (mulut manis apabila berkata-kata).
- Anda adalah seorang yg sangat mudah dipengaruhi oleh orang lain dengan hal2 keduniaan & harta benda. Tidak pernah merasa cukup/ puas serta seringkali berkendakkan sesuatu & akan menuntut setiap perkara atau sesuatu itu sehingga anda berjaya mendapatkannya.

- Anda tidak boleh melihat ada orang yg lebih daripada anda dari segi pergaulan, kewangan mahupun harta benda.

- Anda bersifat PENDENDAM & dalam masa yg sama anda tergolong dalam golongan orang yg suka BERCAKAP LEPAS tanpa berfikir akan akibatnya.

- Anda tidak mudah untuk menerima pandangan/ pendapat orang lain, apabila berbicara/ berbahas..anda sememangnya tidak mahu mengalah...EGO.

- Anda adalah seorang yg BERKIRA dengan wang ringgit (suka menabung/ menyimpan), tetapi sanggup berhabis-habisan (dari segi apa sekalipun) dengan orang-orang yg anda sayangi terutama LELAKI.

- Anda adalah seorang yg sukakan PUJIAN, akan tetapi LEMAH dengan BODEKAN.
- Anda adalah seorang yg PERAMAH, CERIA, SENANG BERGAUL & MUDAH BERKAWAN.

- Anda adalah seorang yg PENYAYANG.



ELEMEN & UNSUR

- Anda tergolong dalam unsur API.

- Warna anda ; Merah, Ungu, Pink & Oren.

- Aura anda akan lebih terserlah apabila terlibat dengan benda-benda yg berwarna merah/ oren seperti sinaran matahari.


PRINSIP


* Keserasian/ Harmoni.

  - Anda akan lebih serasi dengan seseorang yg berunsurkan KAYU & TANAH.

  - Unsur KAYU & TANAH ini juga serasi dengan perniagaan yg ingin anda ceburi kerana faktor unsur ini memainkan peranan penting dalam perjalanan perniagaan anda.


* Perselisihan.


  - Anda perlu lebih berhati-hati dengan seseorang yg berunsurkan AIR (mudah TEGANG & tidak bersependapat).

  - Anda juga perlu menghindari segala jenis perniagaan atau pekerjaan yg berunsurkan AIR.

POINT atas nama anda adalah "28".
Anda boleh MENGAWAL atau MENANG apabila berbicara/ berbahas dengan seseorang yg mempunyai POINT nama yg sama atau kurang dari anda.



KESIMPULAN


- Dengan terbongkar & terurainya sifat anda ini...di sinilah tugas saya untuk mengupas segala rahsia atau kemusykilan yg melanda dalam kehidupan anda ketika ini.
Dengan izin ALLAH..saya juga akan membantu & memberi segala tips & rahsia yg terbaik bagi merealisasikan impian anda untuk mengubah diri & kehidupan yg akan dilalui seterusnya, tidak kira dari segi kehidupan, perniagaan, kewangan & sebagainya.
Jika sebelum ini, anda telah mencuba pelbagai cara & kaedah tetapi masih tidak berhasil & masih menemui jalan buntu..jadi, di dalam blog ini..segala yg anda inginkan..akan terjawab sepenuhnya..INSYAALLAH..

Dalam Al-Quran dijelaskan dalam surah (Al-Baqarah) iaitu:
Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah engkau ajarkan kepada kami”.

Jadi sudah jelas makna kandungan dari surah di atas, ilmu yang kita memiliki (pengetahuan) itu semua datangnya dari ALLAH SWT, yang diperantarakan melalui seseorang untuk menyampaikannya.
Wassalam..

Pengikut