DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W itu adalah utusanNYA. Salawat dan salam buat baginda Rasullullah S.A.W, insan yang menyampaikan kepada kami agama untuk menyelamatkan manusia daripada bencana jahiliah. Ya ALLAH, Ya Tuhanku, ajarkanlah aku sesuatu yang aku tidak mengetahui, peringatkanlah aku jika terlalai ataupun terlupa. Ya ALLAH, Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah segala apa jua urusanku.

Assalamualaikum dan Salam Hormat.

Alhamdulillah… Dengan berpandukan Al-Quran dan Hadith serta di atas kudrat dan irodat dari Allah SWT, setelah sekian lama mencari, mengkaji,meneliti dan membuat testimoni kepada orang ramai tentang kesahihan sifat sebenar di sebalik nama, dengan izin ALLAH S.W.T saya telah diberi sedikit kelebihan dariNya untuk membongkar dan merungkai satu persatu tentang misteri rahsia di sebalik kelebihan dan kelemahan dari nama yang tercipta untuk kita.

Walau apa pun keadaan perjalanan kehidupan yang anda hadapi sekarang ini, jangan risau, jangan sedih, jangan kecewa dan jangan anda kesali. Kesimpulannya pasti anda akan ketemui di dalam blog ini. Anda perlu ingat, hidup harus diteruskan dan perjuangan anda masih belum selesai.

Sememangnya pada satu tahap dalam kehidupan, anda sering berasa kekurangan dan tidak puas dengan apa yang anda kecapi. Tapi bukan bermakna anda tidak bersyukur atas apa yang anda miliki, cuma anda ingin mendapatkan yang terbaik untuk kehidupan yang kehadapan.

Harapan saya semoga dengan blog ini sedikit sebanyak ianya dapat dimanfaatkan oleh sekalian muslimin dan muslimat bagi mandapatkan panduan hidup dan keredhaan ALLAH SWT.

Renungilah sejenak kerana esok tidak akan sama seperti hari ini sebagaimana kelmarin yang sudah kita rasai perjalanan dan kehidupannya.

Wassalam.

PERSOALAN DALAM DIRI

Kita dilahirkan di dunia ini adalah sebagai khalifah dan manusia yang sempurna. Jadi, janganlah membuat sesuatu perkara itu sesuka hati tanpa berfikir terlebih dahulu kerana fungsi Akal adalah petunjuk jalan yang terbaik sekali yang harus digunakan terlebih dahulu.

Jikalau anda berasa was-was, curiga mahupun anda tidak yakin dengan ‘statement’ saya ini anda mungkin tidak mahu merubah diri dan kehidupan anda. Jadi anda perlulah mencuba sedaya upaya meyakinkan diri anda untuk menjadi seorang yang lebih tenang, senang, berilmu dan berjaya selamanya.

Saya di sini hanya manusia biasa seperti anda dan anugerah yang tidak seberapa ini juga saya perolehi dari Allah SWT melalui mimpi yang saya perolehi tidak berapa lama dahulu. Dengan titik permulaan ini lah, saya bertekad serta memohon kepadaNya untuk mencari, mengkaji dan membuat ujian ke atas diri sendiri terlebih dahulu. Akhirnya segala pencarian diikuti dengan kerja keras,membuat kajian dan usaha  (berpandukan Al-Quran dan hadith ) yang saya lakukan selama ini berhasil dan setiap persoalan yang bermain dalam pemikiran saya selama ini telah pun terjawab.

Saya amat bersyukur dan berterima kasih yang teramat sangat kepadaNya kerana telah di beri sedikit kelebihan, kepercayaan dan kebenaran untuk mengkaji, mengupas dan menjelaskan lagi kepada anda semua betapa pentingnya diri dan kehidupan sekarang ini mahupun akan datang yang tersembunyi di sebalik nama anda.

Di sini juga anda bolehlah merenung, berfikir dan bertanya dalam diri…….

 “…Bagaimana pulak dia boleh mengetahui dan mengupas sedikit sebanyak tentang sifat/karakter aku ni ye, sedangkan dia tidak pernah berjumpa dan mengenali aku sebelum ni…”.

Dan bertanya lagi dalam diri…….

“…Selama aku hidup ni, apa sebenarnya yang aku nak cari? Adakah aku benar-benar kenal akan diriku? Tetapi, mengapa aku masih begini dan sampai bila aku hendak jadi macam ni…? ”  

Ini pula kata-kata atau perkara-perkara yang biasa didengar dan berlaku di sekeliling kita, contohnya :-

“…Apa yang aku lakukan, semuanya tak menjadi…”
“…Kenapa memanjang tak cukup je ni, aku rasa bulan ni banyak jugak aku masuk,
siap OT lagi tu..tapi…”
“…Dah masuk 2 atau 3 kali bertunang pun, asyik putus je…”
“…Dah la berlagak, kalau bercakap manjang tak nak kalah je dia ni…”
“…Hari-hari asyik bergaduh/bertekak je ni….(pasangan, teman atau kawan)..”

Dan bermacam-macam lagi……….

Pengikut