DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W itu adalah utusanNYA. Salawat dan salam buat baginda Rasullullah S.A.W, insan yang menyampaikan kepada kami agama untuk menyelamatkan manusia daripada bencana jahiliah. Ya ALLAH, Ya Tuhanku, ajarkanlah aku sesuatu yang aku tidak mengetahui, peringatkanlah aku jika terlalai ataupun terlupa. Ya ALLAH, Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah segala apa jua urusanku.

Assalamualaikum dan Salam Hormat.

Alhamdulillah… Dengan berpandukan Al-Quran dan Hadith serta di atas kudrat dan irodat dari Allah SWT, setelah sekian lama mencari, mengkaji,meneliti dan membuat testimoni kepada orang ramai tentang kesahihan sifat sebenar di sebalik nama, dengan izin ALLAH S.W.T saya telah diberi sedikit kelebihan dariNya untuk membongkar dan merungkai satu persatu tentang misteri rahsia di sebalik kelebihan dan kelemahan dari nama yang tercipta untuk kita.

Walau apa pun keadaan perjalanan kehidupan yang anda hadapi sekarang ini, jangan risau, jangan sedih, jangan kecewa dan jangan anda kesali. Kesimpulannya pasti anda akan ketemui di dalam blog ini. Anda perlu ingat, hidup harus diteruskan dan perjuangan anda masih belum selesai.

Sememangnya pada satu tahap dalam kehidupan, anda sering berasa kekurangan dan tidak puas dengan apa yang anda kecapi. Tapi bukan bermakna anda tidak bersyukur atas apa yang anda miliki, cuma anda ingin mendapatkan yang terbaik untuk kehidupan yang kehadapan.

Harapan saya semoga dengan blog ini sedikit sebanyak ianya dapat dimanfaatkan oleh sekalian muslimin dan muslimat bagi mandapatkan panduan hidup dan keredhaan ALLAH SWT.

Renungilah sejenak kerana esok tidak akan sama seperti hari ini sebagaimana kelmarin yang sudah kita rasai perjalanan dan kehidupannya.

Wassalam.

NAMA & 5 ELEMEN - KAYU, API, LOGAM, AIR & TANAH

Mungkin anda tahu dan biasa mendengar perkataan seperti ini yang berbunyi:             

“ Selamatkanlah dirimu dan keluargamu, Sebelum kamu meyelamatkan orang lain ”.

Jadi, masihkah anda perlu berlengah lagi? Keluarga dan orang yang tersayang sentiasa menyokong dan sangat-sangat berharap dengan perubahan dan kejayaan ke atas diri anda.  

Semoga dengan usaha murni yang kerdil ini, kita sama-sama mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT.

Sewaktu bertemu dan menjalankan perkhidmatan kepada mana-mana testimonia, saya telah berjumpa dengan ramai orang yang berbagai sifat/karakter, umur, status, bangsa dan sebagainya. Mereka telah dapat mencuba dan memahami diri mereka dengan lebih jelas dan juga melakukan perubahan sedikit demi sedikit dari apa yang ada sekarang sehinggalah ke tahap yang mereka mahukan. Dan Alhamdulillah, mereka berhasil keluar dari kepompong yang selama ini membelenggu mereka.

Seperti yang kita semua sedia maklum, sifat di sebalik nama yang banyak berlaku kepada manusia masa kini langsung tidak diketahui atau di ambil peduli. Walhal ianya ada bersangkut paut dengan (hukum karma) iaitu perjalanan kehidupan kita sebelum dan sekarang ini mahupun di masa yang mendatang.

Anda sememangnya kenal akan nama dan keperibadian diri anda, akan tetapi anda mungkin tidak perasan di sebalik nama anda ada kelebihan dan kelemahan tersendiri yang perlu anda cari dan gali.

Mungkin anda telah berjaya mengecapi apa yang anda inginkan akan tetapi anda merasakan jiwa anda kosong dan tidak tenang serta tidak tahu apa sebenarnya yang ingin di cari dan di kejar. Mungkin juga anda masih tercari-cari jalan keluar bagi mengubah diri untuk berjaya tetapi masih juga tidak menjadi tetapi akhirnya kegagalan dan kebuntuan jugalah jawapannya.

Anda harus segera sedar, peka, belajar dan ambil tahu sedikit sebanyak tentang kaedah metafizik iaitu kewujudan unsur/elemen anda melalui kajian Yin (-) dan Yang (+) iaitu tarikh lahir anda di mana ia juga ada memainkan peranan penting dalam menghadapi arus kehidupan dalam mengetahui keserasian/keharmonian mahupun perselisihan serta sesuatu kejayaan dan kehidupan seseorang individu itu.

Sebagai contoh :-

Terdapat 5 jenis unsur/elemen yang anda perlu tahu iaitu Kayu, Api, Logam, Air dan Tanah.

Empat jenis unsur/elemen pertama adalah mewakili setiap musim iaitu:

1. Kayu mewakili musim Semi,
2. Api mewakili musim Panas,
3. Logam mewakili musim Gugur,
4. Air mewakili musim Dingin,
..akan tetapi, Tanah pula mewakili 5 unsur/elemen yang mewakili perubahan musim.

Pecahan 5 jenis unsur/elemen yang dimaksudkan:

1. Kayu :
    warna hijau, tanam-tanaman, bahan dari kayu, perabut kayu.
2. Api : 
    warna kemerahan, lampu, sinar matahari, barang berwarna merah.
3. Logam :
    warna putih, emas, silver, kristal, barang dari logam, stainless steel.
 4. Air : 
     warna biru, hitam, kolam taman atau renang, akuarium.
5. Tanah :
    warna kuning, coklat, perang, batu-batuan, marmar, ceramik, lukisan yang menggambarkan gunung/padang pasir.

Di dalam unsur/elemen tersebut terdapat 2 jenis prinsip yang dikenali sebagai:

1. Prinsip Sokongan :
    Api dgn Kayu, Kayu dgn Air, Air dgn Logam, Logam dgn Tanah & Tanah dgn Api. 
    Manakala unsur/elemen yang sama akan serasi dgn kumpulannya tersendiri.


2. Prinsip Kawalan :
    Air dgn Api, Kayu dgn Logam & Tanah lebih cenderung kepada neutral.

    Pengikut