DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W itu adalah utusanNYA. Salawat dan salam buat baginda Rasullullah S.A.W, insan yang menyampaikan kepada kami agama untuk menyelamatkan manusia daripada bencana jahiliah. Ya ALLAH, Ya Tuhanku, ajarkanlah aku sesuatu yang aku tidak mengetahui, peringatkanlah aku jika terlalai ataupun terlupa. Ya ALLAH, Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah segala apa jua urusanku.

Assalamualaikum dan Salam Hormat.

Alhamdulillah… Dengan berpandukan Al-Quran dan Hadith serta di atas kudrat dan irodat dari Allah SWT, setelah sekian lama mencari, mengkaji,meneliti dan membuat testimoni kepada orang ramai tentang kesahihan sifat sebenar di sebalik nama, dengan izin ALLAH S.W.T saya telah diberi sedikit kelebihan dariNya untuk membongkar dan merungkai satu persatu tentang misteri rahsia di sebalik kelebihan dan kelemahan dari nama yang tercipta untuk kita.

Walau apa pun keadaan perjalanan kehidupan yang anda hadapi sekarang ini, jangan risau, jangan sedih, jangan kecewa dan jangan anda kesali. Kesimpulannya pasti anda akan ketemui di dalam blog ini. Anda perlu ingat, hidup harus diteruskan dan perjuangan anda masih belum selesai.

Sememangnya pada satu tahap dalam kehidupan, anda sering berasa kekurangan dan tidak puas dengan apa yang anda kecapi. Tapi bukan bermakna anda tidak bersyukur atas apa yang anda miliki, cuma anda ingin mendapatkan yang terbaik untuk kehidupan yang kehadapan.

Harapan saya semoga dengan blog ini sedikit sebanyak ianya dapat dimanfaatkan oleh sekalian muslimin dan muslimat bagi mandapatkan panduan hidup dan keredhaan ALLAH SWT.

Renungilah sejenak kerana esok tidak akan sama seperti hari ini sebagaimana kelmarin yang sudah kita rasai perjalanan dan kehidupannya.

Wassalam.

MAKHLUK ALLAH YANG PALING SEMPURNA

Terciptanya manusia menurut Al-Quran adalah bermula dari sepasang manusia pertama iaitu Adam dan Hawa. Insan ini pada mulanya hidup di dalam syurga, akan tetapi mereka melanggar perintah Allah maka mereka diturunkan ke bumi. Setelah berada di bumi, sepasang manusia ini kemudiannya telah beranak-pinak menjaga dan menjadi wakilNya di dunia baru ini.

Tugas manusia amat berat untuk menjadi penjaga bumi. Dengan tugas berat yang bakal di pikul oleh manusia maka Allah memberikan segala sesuatu kepada manusia iaitu dianugerahi ilmu pengetahuan dengan segala kelebihan kemudian ditetapkan menjadi khalifah di bumi ini.

Satu kebijaksanaan Allah yang sempat di tentang oleh iblis dan dipertanyakan oleh malaikat melalui (surah Al-Baqarah ayat 33)…

“ ….Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka, nama-nama mereka (manusia)….”

Setelah Adam menyebut nama-nama itu kepada Malaikat , akhirnya Malaikat pun tahu bahawa hakikatnya manusia mampu menjaga dunia.

Daripada huraian ini sebenarnya kita umat manusia adalah makhluk yang paling sempurna yang diciptakan oleh Allah SWT. Diberikan segala ilmu pengetahuan, memperolehi kedudukan yang paling tinggi dibandingkan dengan makhluk lain. Inipun telah dijelaskan dalam (surah Al-Baqarah ayat 34)….

“….Kemudian kami katakan kepada para Malaikat: Bersujudlah kamu kepada Adam”; maka merekapun bersujud kecuali iblis, dia enggan serta takbur dan maka inilah ia termasuk di dalam golongan orang-orang yang kafir….”

Dengan ini jelas menunjukkan bahawa manusia memiliki keistimewaan dibandingkan dengan makhluk Allah yang lain, bahkan Malaikat sekalipun.

Diperjelaskan lagi di dalam surah-surah seperti di bawah ini:

“…. Dan kalau Kami mengkehendaki sesungguhnya Kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah………….. “ ( Al-A’raaf, ayat 176)

“…. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala(dari kebajikan) dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…..” (Al-Baqarah, ayat 286)

Pengikut